Alhamdulillah.. Happy 27th to me!! bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memanjangkan usia sehingga ke hari ni.. Alhamdulillah sekali lagi atas kurniaan serta dorongan Allah swt aku telah mencapai kejayaan setakat ini.

my Lovely Backbone, terima kasih sebab menghargai diri ini.. yang sentiasa sabar dengan karenah isteri mu yang kadangnya matured kadangnya childish..hahaha

Alhamdulillah kejayaan pada umur 27tahun ni, aku ada anak sepasang yang sihat sempurna, rumah sendiri, kereta sendiri, kerjaya, simpanan .. insyaAllah dipermudakan aku menjadi seorang Bidan yang akan membantu menyambut kelahiran khalifah Allah.. Apa nikmat yang harus aku dustakan? aku bersyukur Ya Allah.. Hadirkan suami yang sentiasa bersama dalam susah mahupun senang.

Allah sentiasa bagi kita peluang, kenapa kita nak rugikan? lepaskan? Bagi aku, perempuan zaman sekarang kena ada kerjaya dan masa depan. tak salah if nak jadi surirumah sepenuh masa. ada juga surirumah yang berjaya dengan bisnes online dan sebagainya. Pokok pangkal, dimana ada kemahuan di situ ada jalannya.

Bersyukur lagi, result exam keluar.. Aku capai target aku melebihi 3.50 pointer.. bukan mudah ye, berumahtangga kita nak ada masa untuk belajar.. lagi-lagi duduk bersama keluarga. balik kelas takde masa nak luang untuk recap apa belajar haritu. then bila datang masa nak exam baru la kelam kabut stayback smpai malam.. untung Allah hadirkan suami yang bancuhkan kopi teman sepanjang tengah study.

bersyukur berkali-kali ya Allah… Terima kasih abah dan mak melahirkan tilah dan menjaga mendidik sehingga ke hari ini.. sayang mak abah!

thank you sayang ..18092017