Dah jadi tabiat kami, bila nak balik ke utara mesti nak singgah mana-mana.. tak KL, Cameron Highland, tak pun Genting.. bukan ape if direct dari Kuantan ke Penang , mau melalak anak-anak aku dalam kereta.. Lama sangat duk dalam kereta boleh cemuih.. sekali mak pak pun boleh bertokak naa..

untuk mengelakkan stress kami singgah makan-makan dolu!! yeayy..

kali ni tekak macam teringin je nak makan steamboat kat HOTEL TITIWANGSA.. siapa pernah pi??? rugi if hangpa tak try steamboat titiwangsa tau… memang sambal dia menganciam~~ aummmm~

kali ni kami bincang pakat nak dok bermalam kat HOTEL TITIWANGSA ja..so kami booked under expedia.comĀ ….bukan apa senang nak makan steamboat turun ja.. if dok hotel berlainan mau terlepas.. dah one night stay ja..~

so far ok, price bilik sangat berbaloi.. RM138.00 include breakfast plus GST and service TAX.. haa tu yang penting huhu.. then masa check in dapat pulak kupon dinner free steamboat.. ape lagi ha.. senyum lebau selebaunyaaaa..hehe hidung pulak dah terbau-bau sup steamboat.. aiseymennn.. waktu steamboat bermula jam 5pm-10pm sahaja.. so dah settle apa patot kami pun turun la nak makan.. sejuk lapaq habaq hanggggg!!

yang paling best “makan banyak mana pun sayur is free”..

kami berdua memang hantu sayuq.. so ni part paling best bila dapat makan sayur banyak mana pun is free!!! ^^p

untuk fresh food.. dorang akan hidang siap2.. tapi jangan risau sebab banyak..hee

taraaaa jadi la steamboat super saiyaaaa!!sedapnyaaaa

nampak tak sayur mayur tu bila lembut allahu sedapnyaaa..dihirup sup dicicah pulak dengan sambal meletop belacan cabut hidung.. gila sedapppp..!!! aku dapat tangkap yang ramuan sambal belacan yang sedap sangat tu rupanya ade pes tomyam!! patot la sedap mak aihhhh..tak caya tengok ni!

sambal belacan cabut hidung!!

hangpa memang kena try tau.. kompem memang teringat-ringat.. esok pagi berak truih pasal makan sambal banyak sangat..kahkahkahkah~

yang datang makan kat sini memang ramai.. sebelah sungai, environment yang kondusif.. memang tak cari tempat lain la if nak makan steamboat kat Cameron ni..:

room ok la.. nak kata tiptop sangat pun tak.. keadaan hotel lama.. servis ok.. dah bagi makan dinner and breakfast free apa lagi kan nak.. harap selesa udah kan…

hangpa if nak stay n rasa steamboat HOTEL TITIWANGSA, boleh la pi serbu naaa.. nanti boleh share kenikmatan tu kat ruang komen.. tenkiu:*