aku ni kalau bab tengok kartun memang suka.. hihi sama naik je dengan anak.. tapi movie ni aku bagi 4bintang!!

kebetulan si kakak alisha ni pagi-pagi lagi nak tengok wayang.. mungkin tengok Beauty&The Beast tak bawak dia kot.. sebab tu dia ingat je.. dah kakak tidur, mami bawak adik jela kan.. hehe

dah tu lepas daddy settle kerja, kami pun bersiap lah pergi East Coast Mall.. sampai wayang nak beli tiket, Mak aih.. Movie ni pun penuh panggung.. Aku ingat kan orang ramai nak tengok Beauty and The Beast tu.. so sama naik jela.. sampai pukul 820pm memang full booked, so kami beli tiket 1030pm..

alamatnya kena pergi makan dulu lah.. singgah Manhattan makan dulu isi perut.. Kang tak beli tiket kesian pulak kat kakak dah mintak nak tengok wayang.. Seat pun dapat second roll dari bawah.. oh mai gad~

Dah sampai pukul10pm.. Kami beli popcorn dulu, sebab depa ni suka makan popcorn.. tu je cara nak bagi depa ni senyap.. so let’s go! Movie Boss Baby ni mengesahkan bayi yang berasal dari kilang bayi atas langit kot.. haha lebih kurang movie stork.. Ada sebuah family ni ada seorang anak lelaki, mak ayah dia tatang macam minyak yang penuh.. dan budak lelaki ni penuh dengan imaginasi yang tinggi..

satu hari tiba-tiba , bayi lelaki sampai melalui penghantaran teksi.. macam tak logik jugak sebab mak dia mengandung.. tot-tot bayi dihantar oleh teksi.. macam movie stork, bayi dihantar oleh burung stork.. haha pusing pi mai tang tu jugak depa ni buat story.. tapi best layan jela~kiki

Kasih sayang yang budak lelaki ni dapat habis hilang, tak terurus dek kerana kehadiran bayi tersebut.. dah tu satu malam dia mengintip bayi lelaki tu bercakap.. dia terkejut dan masa tu bayi lelaki tu terkantoi.. kehadiran bayi tu ada konspirasi.. untuk mencari data “new puppy”.. mak ayah budak lelaki tu kerja di syarikat anjing pelihara.. so no wonder lah kan..

time ni macam-macam aksi lucu lah.. yang pasti hangpa kena layan sendiri lah huhu..

sampai satu masa kasih sayang antara depa tu berputik.. di sebabkan budak lelaki tu nak berkerjasama untuk memudahkan bayi lelaki tu meninggalkan family dia bila mission dia completed..

tang hujung sedih sikit pasal budak lelaki tu dah rasa sayang dan bayi tu pun sama.. tapi depa tetap jalankan tugas masing-masing.. disebabkan terlalu rindu, budak lelaki tu pun menghantar surat ke pejabat baby boss tu.. yang telah dinaikkan pangkat .. dengan gembira hati bayi lelaki tu membaca surat dan meletakkan jawatan dan menjadi bayi yang betul dan dihantar ke rumah family yang sama..

so finally depa hidup dalam gembiranya ~fin