[Ariana Grande:]
Tale as old as time
True as it can be
Barely even friends
Then somebody bends
Unexpectedly
[Ariana Grande & John Legend:]
Just a little change
Small to say the least
Both a little scared
Neither one prepared
Beauty and the Beast
Ever just the same
Ever a surprise
Ever as before
Ever just as sure
As the sun will rise
Tale as old as time
Tune as old as song
Bitter-sweet and strange
Finding you can change
Learning you were wrong
Certain as the sun
Rising in the east
Tale as old as time
Song as old as rhyme
Beauty and the Beast
Tale as old as time
Song as old as rhyme
Beauty and the Beast
Nah cik misi belanja lagu OST BEAUTY AND THE BEAST.. rasa macam nak dengar berulang-ulang kali laa.. serious romantik gila story ni.. FANATIK dari zaman sekolah lagi tau.. semua story princess aku layan..huhuhu..
Aku tunggu dari start keluar TRAILER lagi.. dengar pulak kena banned lah tak boleh masuk MALAYSIA la.. OMG sangat menyakitkan hati.. rasa nak ke SINGAPORE semata-mata nak tengok BEAUTY AND THE BEAST.. over hokey..huhu.. husben aku pun dah tahu bini dia ni memang suka genre macam ni.. so dia layan kan je..hee
hokey jom kita story “Ada seorang putera yang angkuh dan tak tahu menilai kasih sayang.. hanya fikirkan keseronokkan je.. itu pun sebab ayah kepada prince tu pernah tinggalkan mak yang tengah sakit.. so, prince tu pun marah kan ayah dia sebab buat mak dia macam tu.. so dia memang tak percayakan cinta dan kurang berkasih sayang..
Ada sebuah perkampungan , terdapat gadis cantik dan bijak , Belle.. anak kepada seorang tukang baiki alatan vintage.. Belle suka menyanyi, suka mengajar budak kampung belajar membaca…lepas tu dia pandai cipta peralatan canggih bagi zaman tu.. contoh mesin basuh .. tapi ada yang iri hati merosakkan keadaan tu.. kesian heroin.. sobs sobs..
Ada pulak Kapten Gaston yang minat sangat dengan si Belle ni.. dah lah macam tak betul.. ada PA yang Gay.. haa watak ni la kot yang Malaysia cuba nak cut.. tapi tak over pun.. ok2 je..hihi.. dah tu Gaston ni jahat.. sampai sanggup ikat ayah Belle kat hutan dan tinggal kan supaya serigala makan ayah belle.. sian kan..
musikal story ni banyak yang nyanyi-nyanyi la kan.. tapi best tak boring wei.. dah tu masa ayah belle ke bandar untuk jual barang, belle ada pesan nak bunga mawar.. so dalam perjalanan pulang ke rumah.. Ayah belle tersesat dan termasuk lorong ke jalan castle.. tiba-tiba cuaca sejuk dan bersalji.. ayah belle terkejut dan lalu je.. ada serigala nak makan depa.. bergegas lari sampai la ke castle tersebut…
sampai je , ayah belle masuk dan terjumpa jam, lilin, potty dan lain-lain watak yang boleh bercakap tu.. time ni lawak kat scene nak makan ayah belle terkejut tengok Chip anak pada pottty bercakap..huhu
terus belah keluar, masa nak keluar tu ayah belle ternampak bunga mawar putih kawasan castle tu.. dia pun patah balik dan petik bunga mawar tersebut.. muncul lah BEAST.. marah dan tuduh ayah belle mencuri..
tanpa belas kasihan ayah belle dikurung.. kuda ayah belle tadi lari balik ke rumah jumpa dengan Belle.. belle terkejut dan suruh kuda itu bawak dia ke castle.. dah sampai belle terus masuk mencari ayah dia yang dikurung tu.. masa tu lah belle berjumpa dengan beast.. dan dia bertukar tempat dengan ayahnya untuk dikurung..
Ayah belle balik mencari orang kampung untuk meminta bantuan.. tapi hanya Kapten Gaston yang tolong.. sebab dia nak berkahwin dengan belle.. sampai je di hutan ayah dia lupa jalan , Gaston bertindak kasar dan tinggal ayah belle dalam hutan.. Dalam castle pulak mula lah bibit-bibit cinta antara Belle dan Beast.. masa ni romantik lah kan.. makan malam, baca buku, semua bersama.. sampai Belle pun dah jatuh hati dengan Beast..
Beast yang lupa akan bunga mawar merah yang disihir tu sudah tinggal dua kelopak.. ada satu masa lepas menari, Beast ada tanya yang Belle happy tak.. Tapi Belle jawab ” tak dak benda yang mengembirakan selain kebebasan.. Beast pun terkejut dan melepaskan Belle pergi bertemu ayahnya.. Di kampung, ayah belle disiksa dan dikatakan sakit jiwa oleh Gaston.. ee.. jahat Gaston! Belle pun naik kuda dan pulang ke kampung dengan pantas..
Beast yang paling sedih.. dia sanggup buat pengorbanan melepaskan cinta hati beliau.. Gaston mengajak orang kampung untuk membunuh Beast, kerana Belle menyayangi Beast.. Lalu sampai ke castle berlaku pergaduhan antara penduduk kampung dan alatan dalam castle tu.. memang best time ni.. (hangpa kena layan sendiri lah kan hehe) Si Gaston pulak sibuk nak cari Beast and nak bunuh dia.. Beast dalam kesedihan tak hirau langsung apa yang penduduk kampung nak buat..
Belle datang ke castle untuk menghentikan penduduk kampung membunuh Beast.. Beast terkejut Belle pulang mencarinya.. dan bergegas ke Belle tapi di tembak beberapa kali oleh Gaston.. Scene ni memang ada yang menangis kot.. terkejut aku bunyi sobs sobs kat seat belakang..haha..nasib baik Fattah behave.. mami nak layan penuh perasaan kot..huhu
Beast mati disebabkan oleh beberapa kali tembakan oleh Gaston.. dan kelopak mawar yang terakhir jatuh.. menyebabkan semua sihir menjadi nyata.. semua alat dalam rumah yang boleh bercakap tu keras jadi barang hiasan.. time ni sedih.. sampai scene Belle luahkan perasaan sambil cium Beast.. “Aku Cinta Padamu”.. Ahli sihir yang ade dalam castle tu saksi detik cinta antara Belle dan Beast.. time tu terus spell tu break.. and POPS!! semua berubah menjadi sedia kala..
mak aih hensom kot prince Beast dah jadi manusia.. Tapi aku lebih suka watak Beast tu.. “nakal” gitew~ hehe.. sampai akhir Belle tengah menari dengan Beast sambil berkata ” saya rasa awak mula kena simpan janggut” .. Beast tersenyum manis.. hehe.. time ni macam nak cium je prince Beast..eh silap.. jangan Marah En.Tan ye… huhu cium awak je..LOVE YOU SAYANG..
begitu lah akhirnya Happy Ending.. mana ade story Princess yang tak Happy Ending.. Bawang Putih Bawang Merah pun happy ending kann.. hokey lah ape pun hangpa memang kena tengok cerita ni k.. XOXO