aku tak tau lah nak mula macamana story aku ni..

haishh.. sebelum ni aku pernah la jugak kena gangguan-gangguan halus bila check in hotel ni.. cuma sebelum ni aku tak buat blog lagi.. so aku tak dak tempat la nak share story kan..

tapi semalam aku tak tahu kenapalah aku tak boleh nak lelapkan mata.. seakan ada benda yang sedang perhati aku.. padahal aku gila punya mengantuk.. Alhamdulillah anak-anak aku tidur lena je.. si kakak dah pukul l lebih dok mengadap tengok tv sambil makan macaroni yang aku bawa bekal dari rumah..

Nak jadi cerita masa check in ok je.. tapi malam nak tidur aku rasa macam “something”.. selalu aku hokey je.. lagipun ke mana hala pun aku akan buka mp3 al-quran.. so anak-anak dah terbiasa dengar surah sampai terlena.. bilik hotel pulak mengadap ke bukit hutan.. macam seram la jugak.. Tapi aku buat dek je la masa nak keluar makan malam tu..

Dah mula nak tidur aku ade la terlelap kejap.. Dah tu masa anak aku dah terlena semua..dalam lingkungan pukul 2pagi.. Aku terjaga.. tengok laki anak-anak aku tidur kat katil sebelah.. Dalam bilik tu ada dua katil queen.. macam biasa depa ni nak tidur dengan daddy je.. hihihi

Tv memang terbuka.. tak kan tutup.. sebab aku ni bukan penakot… tapi dah pernah la terkena.. nak tau nanti aku cerita kat entry lain.. yang pasti aku tak suka keadaan bilik yang gelap.. kat rumah takpe lah kan.. then aku terjaga.. aku pun kejut la husben aku.. dia mamai-mamai pulak… Aku cuba nak lelap.. tapi aku rasa benda tu dekat sangat dengan aku.. macam naik lemas pun ade.. aku pulak badan kotor time tu.. Boleh baca dalam hati jelah..

Dah tu kejut husben aku pun tak terjaga pun.. punya la meluap aku ni.. bukan saja.. tapi aku memang boleh rasa dan sometimes aku boleh nampak.. jangan lah bagi aku nampak pulak tengah-tengah malam buta ni.. Nauzubillah~

Dah tu aku dah tak tahan sangat , aku kemas beg baju kejut husben aku nak ajak balik… dah tu mau tak terkejut beruk! dah tu husben aku tanya kenapa semua.. Aku cakap lah “u nak i cerita ke” then baru slowly pujuk aku sampai lena.. serious aku tak tipu.. memang aku rasa benda tu ada kat sebelah aku.. kang aku jerit “apa hang nak” anak-anak aku terjaga pulak kang~ sigh*

dah tu untuk review hotel.. hokey laa.. maybe bangunan aku duduk tu bangunan lama.. bila tengok dari depan macam bangunan baru yang depan-depan tu.. pool ok.. makanan pun okey la sedap.. breakfast meal sedap.. facilities macam lama sikit.. tapi not bad.. boleh bagi 3bintang.. and one more thing… masa aku nak bersiap check up, tiba-tiba lampu semua terpadam.. si fattah nangis la takot.. yang aku dalam bilik air gelap gelita.. dah lah aku rasa “something”.. celapak aku keluar, rasa pintu toilet tu jauh sangat.. huh!

lastly dalam 30minit macam tu baru ade elektrik.. aku guna torchlight iphone je mandi.. sabor jelaaa.. maybe first and last singgah hotel tu.. hopefully never went back.. harga bilik rm260 sekali servis tax.. plus 2 meal breakfast.. ok la.. gambar pun tak banyak aku ambik.. maklumlah totally tak berapa selesa..

tapi if hangpa nak cuba tak dak masalah pun.. tak semua orang ade pengalaman yang sama idok.. hehe..

bye~