Aku terdetik nak kongsi ilmu malam ni.. maklumlah dunia sekarang mudah sangat kan orang nak viral..

pelbagai kisah ada suka, duka , sedih , gembira and so on la~

Baru ni kat facebook ada viral kisah “misi tolak kepala bayi”.. ” bayi termakan najis sendiri dalam perut” dan macam-macam lagi..

kita tak nak salah kan mana-mana pihak, cuma lepas ni insyaAllah kita boleh menghalang benda macam tu berlaku lagi.. siapa tak sedih bila dengar kisah ibu yang hamilkan anak dia 9bulan 10 hari tup-tup meninggal.. Ye khabar berita tu memang sedih..

Sebenarnya kita orang perempuan ni sendiri yang kena jaga diri sendiri sebelum mengandung.. Okeylah kejadian terlebih date bersalin ni selalunya silap kira last period atau tak ingat langsung last period hangpa bila..

sebab tu perempuan yang rasa diri dia nak hamil sila alert dalam jadual menstrual hangpa ye.. Jangan bila tanya “eh, lupa la..”eh, tak ingat la..” last bulan feb kot, eh tak bulan mac kot.. Hokey ini sebenarnya boleh terdorong untuk berlaku post date delivery.. maknanya terlebih tarikh bersalin..

Sekiranya anda tak pasti dengan date last period hangpa , jujur dengan doktor.. Kalau main letak date.. susah nak detect if any abnormal akan berlaku kepada ibu mahupun anak..

ok, masyarakat akan cakap, melalui scan kita boleh tahu bayi kita berapa bulan.. yes tu adalah salah satu cara.. Tapi ada jugak bayi IUGR( intraterine growth restriction) dimana maksudnya bayi akan dilahir tu saiz kecil dari size normal…

sebab tu sebelum nak menunding jari ke arah yang berikut, sila menunding jari ke arah diri sendiri kat mana yang kita tersilap.. Yes satu lagi dah suratan takdir.. kita tak boleh nak menidakkan kuasa Allah..

Bersyukur dengan apa yang terjadi.. mungkin ada hikmah disebalik kejadian Allah yang maha esa..

semua kita ada lah manusia, bukan sah doktor, misi ada x-ray kat tapak tangan yang boleh scan apa yang berlaku di dalam.. sebab tu sama-sama kita pantau diri kita..

Nak tanya hangpa lah kan, taik hangpa dah keluar kot lubang najis.. boleh ka hangpa tolak balik?? rasanya tak sempat nak tolak dah keluar separuh.. sebab bantuan cecair dalam badan kan??

cik misi no komen..heee.. sebab sekarang ramai netizen yang bijak-bijak belaka.. Tak perlu belajar tinggi-tinggi pun.. kahkahkahkah

Akhir kata, sayangi diri anda dan juga bakal zuriat anda;)