Pehal pulak aku tetiba nak story pasal pengorbanan eak???

siapa dalam hidup dia tak pernah langsung buat pengorbanan angkat tangan!!

kalau hang tak pernah buat pengorbanan.. hang paling rugi.. Pasai apa??

dalam hidup memang perlukan perngorbanan.. tapi pengorbanan yang jenis macamana bergantung pada kes lah kan..

malam ni pulak suddenly nak bercerita pasal pengorbanan.. Maklumlah cik misi baru masuk dalam alam persekolahan balik.. Dulu belajaq tak dak siapa nak fikir melainkan diri sendiri.. mungkin ada jugak fikir pasal boipren kot..kihkihkih;P

Bila mai belajaq time dah ada suami dan anak-anak ni, hangpa akan lebih kena korbankan diri hangpa.. Yela ada setengah orang dia jenis tak fikir panjang dan just follow the flow.. Kena berjauhan dengan anak suami pun takpe.. Tapi siapa yang tak kesah kan berjauhan dengan suami anak-anak..

Aku tak sanggup dah berpisah dengan anak-anak aku.. dan aku jugak fikir yang anak-anak jugak tak boleh berpisah dengan pak/mak depa.. So, konklusi kena duduk berbincang dan buat keputusan yang terbaik untuk semua..  bukan apa takut menyesal kemudian hari.. kita sebagai isteri cuba buat yang terbaik untuk keluarga.. tak fikir benda lain dah selain keluarga..

Bagi aku, semangat independent tu perlu ada pada semua wanita.. Bukan apa.. semua yang hidup ni milik Allah swt, kita tak tahu apa yang akan terjadi.. dah macam-macam kes kita boleh lihat dalam laman sosial contohnya Facebook, Instagram dan lain-lain.. banyak contoh yang boleh kita jadikan teladan.. Ada yang buruk tu kita jangan lah follow kan…

Selagi hang bernafas cubalah buat yang terbaik.. Aku heran pada orang yang boleh kata bosan.. sebenarnya banyak benda kita boleh buat dalam dunia ni.. banyak peluang yang ada.. banyak benda yang hangpa boleh explore tau tak..

tapi walau apa pun yang terjadi, kalau yang dah berkahwin tu cuba yang terbaik dalam pembahagian masa untuk keluarga.. apa benda kita nak buat pun.. MASA tu penting.. macamana hangpa nak manage masa tu kena tepuk dada tanya selera..

Kadang kita tengok orang berjaya, kaya, mewah.. kita nak macam depa kan.. tapi sebelum nak jadi macam depa tu hangpa kena kaji lah cara kehidupan depa, masa depa, masa tidoq depa berapa jam, dan lain-lain.. bukan kata nak kaya tu sampai tak dak masa dengan kelurga.. tengok hanset 24jam.. tapi hasilnya??hangpa kaya ka?? tak kan… hidup hangpa tak tenang selagi isteri/suami tak redha dengan hangpa..

bila kita nak kan sesuatu kita perlu korbankan masa, duit dan segalanya.. tapi jangan sampai benda yang dalam genggaman kita pun terkorban ye.. take note~

yang penting tadi aku jadi ella menyanyi lagu “standing in the eyes of the world” tu lah semangat semacam ni..kahkahkahkah(^o^)