Hari ketiga, kami berada di Krabi. mengikut jadual kami akan berlabuh pada jam 12 tengah hari. Jam Thailand awal sejam tau dari Malaysia.. So jangan keliru pulak kang ada yang balik dengan tongkang pecah..huhu.. Actually malas nak turun pasal Krabi bandar tak besar sangat.. Dan aku rasa orang yang suka datang Krabi ni untuk aktiviti laut lah kan.. Snorkelling, Scuba driving.. macam tu lah yang sesuai kan.. Kalau nak jalan ke bandar mungkin sebab barang murah.. hikhikhik.. Shopping je aku ni kan.. Biasa laaa therapi minda giteww~

Plan memang tak nak turun.. Santai boleh mandi kolam lagi, aku pulak berendam dalam jakuzi la..suam-suam bestnyee.. Family in law memang nak berjalan darat.. Yelah dah sampai tak kan tak turun… pengangkutan pun pihak cruise sediakan free pulak tu.. Ape lagi nak.. Hokey diorang dah turun Kami pun siap lah perlahan-lahan.. dah sampai time makan lunch, kami pun tibai dulu.. huhu.. Kali ni Cruise berhenti di Chicken Island, betul-betul nampak kepala dan badan ayam.. patut lah nama “Chicken Island” kan.. Cruise bersauh agak tengah mungkin ikut kedalaman air laut.. kang cetek, rosak kan enjin kapal kan.. so perjalanan nak ke darat hampir sejam, kali ni naik bot besar sikit.. sebab alunan ombak pun besar jugak.. serammmm..

Tengok tu kepala ayam

 

Dah kenyang makan, aku bagitahu lah kat husben.. macam rugi pulak tak turun kan.. jom turun! hahaha husben aku mesti bengang gila~ kahkahkah

Dah tu bot sentiasa ada pergi ada je yang balik.. So tak perlu risau lah kan.. Tapi disebabkan malam ni ada ‘Gala Dinner’ ,so pihak cruise dah tetapkan pukul 530petang last bot, maknanya pukul 430petang waktu Malaysia. Kami pun naik lah bot.. Bagi Alisha dan Fattah merasa.. Alhamdulillah diorang okey je.. tak dak nak muntah ke mabuk laut ke.. lama jugak dalam bot lebih kurang 45minit.. Dengan ombak beralun pukul bot pom!pom!pom! mau loya dah aku ni ha.. dengan diorang ni tak reti dok senyap..ee geram pulak aku ni ha.. Malas nak layan aku buat dek je sebab kalau aku melayan mau muntah aku dalam bot tu.. bluek!

Dah sampai jeti krabi, kami pun jalan ke depan teksi kat sini mahal! cekek darah 300 ribu bhat nak ke bandar! Dah lah kereta biasa ja.. Yang mana nak pi tu lepas ni tawar menawar dulu baik-baik, jangan terus setuju ja.. ada 300 ribu hantar je.. Aku kautim sampai dapat 300ribu pergi dan balik.. Padahal kereta sempit dah tu naik ke bandar aku rasa tak dan 10minit.. Aku pun mintak ke mall je.. sebab nak shopping kan.. mana ada mintak pi mana-mana.. Husben aku macam tak puas hati sebab driver tu main letak je kitorang kat tepi jalan.. dia cakap mall seberang sana.. Dia tunggu kami 430petang kat situ.. Kami pun okey lah masuk mall.. Aku memang datang nak beli Triumph, Levis kat sini murah la sebab pakai duit bhat kan.. berbaloi la dari beli kat Malaysia satu jeans dah rm500 sehelai.. Kat sini dapat rm250 camtu.. hokey la kan..

Triumph pulak toksak kata la kan.. rm200 mau sekeping.. kat Thai dapat tak sampai rm100 pun..huhu.. Baik punya ada.. Aku hangkut lah banyak sikit kan.. Kami lapar tapi malas nak jalan pasal panas kat luar dengan anak-anak ha.. Dalam mall ada KFC chantekk.. Halal pulak tu.. So kami settle down perut kami kat situ.. Tapi menu lain ye dari Malaysia..=) Dah selesai makan, kami pun tunggu la driver tu kat bawah.. Tak datang-datang haih.. dia ni biar betul.. dia ikut jam Malaysia ka, 430petang = 530petang jam Malaysia.. ah sudah kang ada yang kena balik dengan tongkang pecah.. Aku dah bebel kat husben aku dah ni haa.. Nak shopping lagi pun duit bhat dah habis.. huhu tinggal nak bayar teksi je..

Dah tu lama kami tunggu , aku pun suruh husben aku pi cari teksi lain.. Dapat 200bhat je.. settle masalah! Siapa suruh tak tunggu, dah lah mahal.. mesti driver tu bawak penumpang lain.. Dah sampai jeti kami pun nak bot kebetulan bot dah sedia tunggu.. Jangan risau pasal krew kapal akan standby tunggu kat jeti.. Maklumlah macam vvip gitew~~ ;P

Alisha dan Fattah kena angin laut lena terus.. Sampai je cruise kami balik bilik siap untuk malam gala.. yeay!! time ni la nak pakai cantik-cantik kan.. pukul 6petang dah start masuk kat mana restoran yang kita pilih..Ada dua pilihan, sama ada western atau chinese cuisine .. Western memang awal la habis orang booked.. So kami ade pilihan kat ocean palace je.. sambil kapal pun dah bergerak perlahan.. Kami makan malam served one by one.. kenyang sampai nak meletop baju!haha dah pakai baju kahwin.. nasib baik muat lagi.. hihik~

After selesai makan malam, kami layan gala night show pulak.. sebab plan nak redeem kek Alisha. Tapi semua kenyang lagi..huhuhu..Kami terima brithday card masa hari kedua.. kami ingat kan invited card untuk gala dinner.. rupanya untuk Alisha.. Bagus betul management cruise ni.. even ramai penumpang pun diorang still alert.. BIG THANK YOU STAR CRUISE LIBRA!

She able to finished her own birthday cake!

Redeem kat Blue Lagoon, best laa.. pasai tempay karaoke kot.. hahak~ buh pi la berapa lagu pun.. settle.. Dah tu kat bawah buat makan supper pulak.. Aku memang tak leh nak telan pasal ombak laut andaman ni boleh tahan wei.. Aku nak balik tidur ja.. mungkin sebab makan dalam restoran so aku rasa tak cukup oksigen.. Kalau open air kat luar takpe la.. hujan rembis sikit.. macam-macam makanan pulak ada.. Dah aku ajak husben aku balik bilik.. Dia kalau pasal makan no.1 , meluat aku.. (dengki pasal aku tak boleh makan..hihi) Dah balik aku mandi semua terus shut down.. Husben aku lah yang tengok anak-anak, bagi mandi semua.. Yelaa kena lah toleransi.. Kalau tak macamana nak travel sana sini kan kan kan..

Esok pagi, kami breakfast sekali dengan lunch.. restoran di Marina deck 9 open sampai 12noon.. Sebab cruise dijangka sampai di jeti Pulau Pinang jam 12tengahari..

Bye-bye cruise kita jumpa lagi yaaaa~~

siapa yang bercadang nak ikut perlayaran STAR CRUISE LIBRA boleh lah rujuk kungfutravel&tours ye..