Sambungan entry 1….

Setelah sampai di Lapangan Terbang Incheon,seoul.. Kami dijemput oleh Santy.. Santy ni yang akan jadi Tour Guide kami sepanjang di Korea.. Indonesian but sangat fasih berbahasa korea.. Santy pelajar di salah satu University di Korea.. Kalau hangpa tengok pun tak cakap indonesian tapi korean..hehe .. Maaf Santy ai kena cerita serba sikit pasal you ye..

Sementara tunggu group yang naik flight AirAsia yang akan lewat sejam lebih dari naik Mas airlines.. Kami pun berborak-borak dengan geng yang akan join kami sekali dalam pakej ni.. Alhamdulillah kali ni travel kami ambik tour dari Lurima Travel.. Bukan hape dah merasa nak oi pergi travel backpackers  la konon dengan anak.. Nasib la Alisha anak mama yang baik.. Susah macamana seret je letak dia atas luggage sorong sana sini.. Dah berpinak dua orang ni jangan harap la nak berbackpakers.. sigh*

Dah cukup 9 keluarga seramai 31 orang.. Haaa ramai-ramai la syok kan.. tapi ai la paling anak kecik-kecik sekali..hehe Alhamdulillah dapat new members yang sangat membantu kami.. Keluar je dari Lapangan Terbang tu.. Mak aih sejuk sampai berasap- asap mulut.. dan-dan la aku nak cari gloves semua.. memang sejuk.. fattah alisha ai dah prepared pakai tebai gabai.. Depa pun rileks je sejuk pun.. Bas pesiaran sampai kami terus menuju untuk makan tengahari sebelum kami semua mulakan pengembaraan dengan Santy.. Semua macam kelaparan sangat-sangat hahaha.. dapat pulak makarel bakar dan kimchi stew.. fuhhh nikmat makan nasi.. nyum2*

Lepas dah sendawa kenyang .. terus kami mulakan perjalanan dengan bas check in di guesthouse dekat myeongdong.. Nungmaru guesthouse.. semua dah diatur oleh agensi.. Myeongdong ni salah satu town seoul.. macam- macam ade beb.. adoi kabur mata.. Bestnya pilih lurima travel pasal tempat tinggal memang strategik di tengah bandar dekat dengan subway dan tempat shopping .. Kalau hangpa bercadang nak ke Korea jugak boleh la nengok-nengok Lurima Travel . Dah settle check in kami pun satu bas ke tempat pertama dalam itinery iaitu “Gyeongbuk Palace” .. Tempat ni dulunya tempat maharaja-maharaja zaman dinasti Joseon, sekarang dah jadi National muzium. Masuk dikenakan bayaran KRW 10,000 ye.. Masuk je ikut pintu gerbang tu mak aihhh sejuk gila.. Angin bertiup-tiup sejuk gedi bak kata orang utaqha..

Alisha cool dok ligan ‘bird’ , fattah pulak senyap dalam stroller.. sian dia maklumlah first day merasa.. susu apa tak mau..susu buat panas-panas tak dan berapa saat dah sejuk macam ais.. Sebenarnya cuaca sejuk atau winter ni panas kering.. Kena minum banyak air kalau tak kering kerontang. Mula lah nak demam. Dah tu kami ronda pulak di ” Gwanghwanum Square” dekat kawasan tadi jugak jalan kaki je . Kebetulan kami datang sini ada demokrasi pulak macam pilihanraya la pertukaran president Korea.. Lepas tu ada “King Sejong Statue”, siapa dia ni? Dia lah Raja masa dinasti Joseon , bijak pandai orangnya ,suka kan sains, teknologi dan lisan . Dikenali sebagai Hangul jugak, sebab dia lah yang mencipta bahasa korea “Aneyonghasayo” bulat-bulat gituw.. bestkan ada masa hangpa belajaq lah bahasa korea tak rugi pasal gaji depa mahai pi kerja sana.. hahaha

 

Last untuk hari pertama ni kami lalu kot “Chongae Stream” .. macam saluran parit besaq, kat sini ada hiasan-hiasan yang menarik.. air sungai pun bersih sangat.. jernih ja.. Kat sini boleh lah nak solat pasal ada satu bangunan yang ada surau.. Tapi semua pilih untuk solat di guesthouse.. Sebabnya dah busuk-busuk satu hari berjalan pakai baju yang sama kan.. Sementara tunggu bas datang kami minum kopi di Bangunan sebelah Canal tadi. ai pun tak ingat nama apa hehe ampun pak.. Pekana kopi panas roti kaya lega.. Berjalan ke bas dan balik guesthouse.. Kat sini pukul 5petang dah macam senja cepat gelap.. Lampu banyak cantik-cantik.. Suhu makin malam makin sejuk.. So baik balik bilik aje.. Rehatkan diri untuk esok nak bershopping! huhu ..  Beruntung lah dapat tengok semua ni.. Terima kasih Ya Allah..

bersambung….