Al~kisah kenduri kahwin abang aku di Klang, Selangor……….

Nak mula macamana tak tahu.. pasai ada part letih part lawak nak tergelak pun ada..huhuhu

Kami sampai di Klang pada jam 830malam masa tu.. Alhamdulillah disebabkan abang aku dah sediakan “homestay” so ape lagi tak payah lah kami nak pi menyewa hotel pulak kan.. Satu family kami dok dalam rumah tu.. Ada 3 bilik dan  4 buah katil bersaiz ‘queen’.. Memang puas hati dan berbaloi.. Ini kali ke dua kami stay kat ‘Homestay’ ni.. Nama homestay D’irsyad homestay.. Hangpa boleh view kalau hangpa nak bermalam di kawasan klang.

Alhamdulillah kenduri berjalan dengan lancar.. Kami di sambut dengan baik sekali.. Makanan macam-macam mak ai.. Konyang haa..hehe.. Siap ada karaoke lagi.. Apa lagi kalau anak-anak mek nab pegang mic memang tak bagi siapa dah..nasib ler.. kuikuikui.. Tapi malam masuk pelamin tu aku tak lama kat situ..so aku tak leh bersama dengan depa semua dok berkarok, Sebabnya aku follow husben aku pi jumpa client insurans dia di Damansara Damai…

Pada hari kenduri, kami dah kena balik ke utara sebab aku nak kerja petang esoknya… Boleh pulak husben aku ngajak pi GM Klang… Katanya nak shopping ‘luggage’ Ya memang nak kena beli bagasi baru sebab tak cukup untuk empat orang satu bagasi size 29 inci tu.. Masuk GM Klang, mak aku orang paling geram..tengok banyak barang murah-murah dan cantik.. Ibarat gedung orang berniaga…hangpa nak nyopping aku rasa bawak rm1000 pun tak cukup.. Hadoi laaaaa.. Aku memang suka nyopping!

Aku,mak abah dan adik-adik lepak menyopping sampai pukul 8 malam baru bergerak keluar dari GM klang … Kedai dalam tu pulak pukul 6,45 petang memang tutup habis dah.. So kalau hangpa ada hasrat untuk mnyopping di GM Klang sila mai awai nohh.. Aku drive dari Klang ke Penang.. Dasat kauuu.. Dengan pakai baju kelip-kelip memang depa ingat artis mana yang nak buat persembahan kan.. Pedulik hape aku!huhuhu.. Sampai di Starbuck, Hentian Rawang aku pun join la drive thru’ aku takut mengantuk.. So aku nak minum kopi lah kan.. husben kita udah lena dari Klang lagi haaa.. Perut kenyang apa lagi kan.. Letih pun letih satu hari dah kot jalan..Aduiii..

Part kelakar bermula apabila sampai di hentian rawang , husben aku pun terjaga.. Buat susu anak semua then aku beli kopi kat drive thru’.. Sampai kat kotak pemesan menu tu.. Aku pun halo-halo lah kan.. Ada suara lelaki separuh abad slang indonesia sapa aku “hai kak apa khabar mau pesan apa ya?” aku pun kalau ke starbuck tu latte jela aku minat kan.. Yang lain aku tak febret ! Aku pun balas “Bagi Coffee latte satu”.. Mamat indon tu balas,” Bagi ngak boleh kak” Aku pun sepantas kilas cakap “nak beli Coffee latte satu” boleh mamat tu gelak-gelak kan aku.. Dia cakap dia belajar bahasa baru malam tu..

“hokey kak, kak mau letak gula ya?” aku balas “boleh letak honey, saya tak suka manis sangat la”.. Si mamat indon tu balas “Honey?saya rasa akak ngak perlu honey sebab akak sudah honey, ha tengok senyum manis sangat kak”.. aku pun tersengeh-sengeh la jugak kan..Dalam hati mamat ni gila apa laki aku kat belakang lahhh mau hang kena ketok nanti..”oklah takdak honey ada apa lagi?” “kita ada hazelnut,sugar, Vanila” .. “Macam tu bagi saya hazelnut lah” balas aku.. “Hokey akak tak mau makan kak, muka akak nampak pucat gitu” Bla bla bla mamat tu merepek.. “Apa kau merepek lah itu sajalah”

Sampai di kaunter bayar dan ambil pesanan, Si mamat indon tu dengan slumber “Akak tak takut ya sorang-sorang drive udah malam kak” balas aku sambil pandang husben aku di belakang ” Sorang apa.. Ramai belakang ni ha..” … terus mamat tu berubah muka sambil cakap “hai bang!” then belah pi buat air.. Aku tergelak tersenyum tengok husben aku yang serious gila..hahahaha.. Aku takut dia jadi hulk jenuh aku !.. Dah siap mamat tu buat air dia pas air tu kat kawan perempuan dia.. Haha tahu takut… Aku pun mula lah perjalanan ke Penang.. Memang rabak mata.. Pukul 2 pagi baru sampai..

Nah belanja gambaq kahwin abang aku***

img_3493 img_3548img_3644c7eae432-3be3-4d2e-a957-5ae66632a414