Salam takziah buat mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor pagi semalam.. Kita dikejutkan dengan berita yang mengemparkan seluruh rakyat Malaysia.. Pada ketika 8.05pagi, waktu itu berpusu-pusu rakyat jelata ke Hospital untuk rawatan harian.. Bagi pekerja waktu pejabat baru hendak memulakan tugas.. Klinik-klinik baru membuka tirai untuk pemeriksaan pesakit.. Ya allah tak dapat nak bayangkan keadaan dan suasana di hospital ketika itu.. Unit rawatan kritikal antara tempat bermulanya berlaku kebakaran.. puncanya masih belum kita ketahui..

Ya allah,luluh hati kami tatkala melihat rakan-rakan sepejuangan bergegas menyelamatkan pesakit dan yang lain-lain.. Mulut mudah untuk berbicara.. tapi andai kita di tempat mereka.. Adakah kita seberani mereka? Berita hanya memberitahu mengenai enam pesakit yang meninggal dunia akibat kebakaran.. Di mana berita kecederaan teruk jururawat dan yang lain-lain? Kerana itu lah orang tak pernah nak menghargai jasa kami staff hospital..  Bukan minta di agung.. tapi cukuplah sekadar berkongsi berita pada umum supaya buka mata masyarakat yang memandang serong kepada staff hospital.. Tidak cukup dengan viral bermacam.. Malah sehingga kejadian kebakaran masih menyalahkan Jururawat tidak pantas cekap..

Salah seorang sahabat kami sedang bertarung nyawa bersama bayi yang dikandungnya.. Subhanallah.. Moga Allah tinggikan darjat beliau dan mempermudahkan semuanya.. Kami di sini sentiasa mendoakanmu sahabat.. Perkerjaan seperti kami bermain dengan nyawa.. malah selalu di persalahkan dalam bermacam hal.. Bila ditegur pesakit tidak boleh mengecas telefon bimbit di wad.. Kami di tuduh kedekut, cemburu dan apa-apa lagi yang tidak masuk dek akal.. Bila kami tegur mesti ada sebabnya.. Bila gas meletup.. Bila jadi lintar pintas siapa yang ingin dipersalahkan?

Kami memohon agar Kerajaan dapat menaiktarafkan hospital, Barangan kelengkapan Hospital dan lain-lain lagi.. Bagi mempermudahkan kami melakukan tugas dengan cemerlang.. Bayangkan selama beberapa jam hari dan tahun Hospital di buka 24jam.. Elektrik tanpa henti.. memerlukan barangan yang tahan lama.. Jarang berlaku kejadian besar di Hospital.. sebab itu kurang diberi perhatian.. Bagi Malaysia, sistem pertahahan no.1.. kesihatan no.2.. sebab tu barangan kita tak secanggih Hospital di luar negara.. Allahualam.. Masih boleh dimasukkan dalam bajet 2017..

Mohon doa kalian bagi mangsa-mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah.. Al-fatihah..

img_2139
img_2179

img_2154