Assalamualaikum fren!

Baru dua hari yang lepas hakak pi bercuti di Cameron Highland,Pahang.. Macam jauh bebenau la pulak kan sampai ke pahang bercuti.. Dua hari semalam pulak tu.. memang penat jugak la.. tapi henjoy! Sebab kali ni hakak pi hujan rembas-rembas gituw.. Sejuk ya amat.. Dah pakai macam igloo pun still sejuk gila.. Touchdown je di Cameron Highlands kami pun terus singgah Smurf inn homestay .. Actually hakak akan booking siap-siap melalui booking.com, agoda.com atau trivago untuk penjimatan sebelum pergi bercuti..?

img_1862

Alhamdullillah.. proses cek in pun di permudahkan.. siap boleh upgrade bilik lagi.. masa booking.. hakak pilih executive suite.. bernilai rm200.. hakak cuma tambah rm50 untuk dapat premier suite siap ada jakuzi lagi tu! Bilik pun luas sesuai untuk hakak tambah satu lagi katil untuk mak hakak yang comel lotel tu..heee.. Baiknya si smurf inn nie.. hakak dapat plus satu breakfast free.. rezeki mak hakak tu tau.. hokey! Dah siap cek in moh bergambar sat.. roll it!

img_1854

img_1856

img_1855

Haa bukan main besau lagi jakuzi dia..syiok ooo.. Dekorasi pun ala-ala english.. Suasana yang nyaman macam ada kat oversea pulak..hehe.. dah bersakan bergambar sekitar dalam hotel.. perut kami pun dah berdondang sayang.. time tu pulak hujan.. nak bergambar kat luar memang la tak boleh kan.. Kita pi soru dulu.. Apa lagi tempat makan favourite hakak kalau Sampai Cameron ni.. “Rossette”?

img_1874

Hakak suka kedai ni sebab makanan yang panas-panas dengan cuaca yang sejuk memang ngam! Hangpa kena cuba tau kalau pi Cameron.. Habis mengisi perut gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati hang lah! Kami pun terus ke ladang teh tanpa segan dan silu.. Untuk menghirup teh tarik kaw sambil menyaksikan berekar-ekar ladang teh yang penuh dengan kehijauan semula jadi..

img_1876

img_1878

img_1888

Hujan pun makin lebat.. Hotel jela paling sesuai untuk terbongkang.. Memandangkan jakuzi ada dalam bilik, berendam dengan air suam pun sodap ni..

img_1893

Minah excited ni memang.. dia yang terjun dulu dalam jakuzi tu.. haish baru mummy nak ajak daddy hang berendam.. nyibuk kakak.. wek!

img_1899

Disebabkan hujan kami ber’dinner’ kat hotel aje.. kalau ikut plan nak pi baham stimbot di hotel titiwangsa.. sambal belacan dia cengghini ha..? Tapi nak buat macamana takde rejeki hakak.. lain kali mai lagi la noh.. Makan kat hotel ni tak kurang rasa dia sedap harga pun berpatutan.. walah!

img_1908

img_1904

img_1906

Ni antara menu yang kami ngoder.. sedap dap dap! Dijamin anda akan berpuas hati..hoho.. okey lah dah habis melantak kami pun balik ke bilik bagai itik pulang petang..krohkrohkroh.. Esok nak bangun awal breakfast dan membeli belah.. target hakak nak beli sayur mayur.. nak diet la kata kan..hihi

Lepas breakfast kami pusing area hotel ade mini funfair.. naik lah pulak kuda ku lari gagah berani!!yehaa.. sekepala /rm5 ok fine apa salah sekali sekala kan.. Jadi semua pakat naik.. dengan mak hakak naik skali yehaa!!

img_1936

img_1945

img_1967

Baru hakak tahu anak-anak hakak pun tak boleh naik benda yang pusing-pusing sebab pening.. takpe jimat duit mummy daddy tau.. hihi.. lalu tepi funfair pun tak hengin nak naik..kikiki bagus-bagus.. Sampai di sini aje story kami untuk percutian di Cameron Highlands.. 2hari 1malam.. yang pasti hangpa kena try cek in kat smurf inn ni hokey!

adios!