This week hakak busy dengan minat baru.. hihi.. Hakak rasa nak masuk kelas menjahit lah.. uols tahu kan bukan ramai tailor yang ade kat malaysia ni.. dan tak ramai jugak yang minat menjahit.. Actually hakak dulu tak minat langsung.. Mak menjahit pun buat dono je.. Takat nak jahit sembat ke jahit butang ke baju terkoyak tu pandai la jugak sikit-sikit kan..

Tuptup dapat ilham dan minat yang baru.. says Alhamdulillah..hehe insyaAllah dari Asnb yang hakak dapat tu boleh berkembang-kembang lagi lah noh.. Aminn.. Hakak suka sangat tengok vivy fashionvalet tu.. seriously dia gaya kan baju fesyen moden.. hurm fikir-fikir menjahit ni memang sesuatu yang orang sangat perlukan tak kira masa dan tak lapuk dek zaman.. Siapa tau uniform sendiri pun boleh jahitkan nanti.. dah jimat upah jahit.. hehe?

Hakak dengan tanpa buang masa terus search dalam google “pusat latihan menjahit” rupanya dekat gila dengan rumah hakak kat bertam putra je.. ¬†Atas kedai yang selalu hakak dok beli barang basah.. Time tu mungkin tak di jodoh kan lagi.. sekarang udah berjodoh.. Hakak buat pendaftaran untuk book tempat.. Tak ramai sangat yang menyertai pun.. selesa.. yang penting hakak boleh buat part time.. Ada pakej-pakej yang boleh dicampur.. Hopefully hakak cepat catch up lah noh..

senarai yang perlu dibeli.. semua ni harus ada untuk jadi Tailor hokey

senarai yang perlu dibeli.. semua ni harus ada untuk jadi Tailor hokey

Moga hakak terus beristhiqomah ye.. Impian jadi designer pun ada .. Untung hakak ade rejeki boleh bukak butik kan.. Maklumlah udah tak larat jadi misi asyik kena maki je makan takleh, tido takleh, sembang takleh.. Jenuh lah jadi misi sekarang ni.. Ramai yang jenis tak berfikir sebelum bercakap.. Nanti hakak hapdate lagi ye pasal minat baru hakak ni.. bye muah ciked ?