image

Aku nak review pasal story “The BFG” ni.. Actually aku memang peminat cerita kartun dan animasi.. Kalau keluar panggung je memang aku mewajibkan diri menonton wayang.. Diwale aku tak kesah sangat.. Huhu .. “The BFG” singkatan yang diberi oleh si budak kecik kiut miut tu “BIG FRIENDLY GIANT”.. Kisah yang ada sedih, lawak yang terbahak- bahak sampai anak aku boleh terjaga ekoran gelak ketawa aku nih ha..

Budak kecik tu nama dia ‘Sophie’.. Cerdik dan kuat membebel dan seorang anak yatim yang tinggal di rumah anak-anak yatim.. Cerita yang bermula dengan budak ni susah nak tidur malam.. Suka membaca.. Tiba-tiba, si Sophie ni terdengar bunyi bising di luar jendela.. Dah tu jengok pi jengok mai.. Nampak la si BFG tu.. Terus giant tu tangkap dia pi ke dunia giant.. Tapi pada si BFG tu besaq.. Ada hat lagi besaq pada dia..

image

Ada sembilan ekoq hat besaq-besaq dari BFG ni.. Nama pun macam-macam jenis.. The Fleshlumpeater, The Bonecruncher, The Manhugger, The Childchewer, The Meatdripper, The Gizzardgulper, The Maidmasher, The bloodbottler dan The butcher boy.. Haa mau tergeliat lidah mak nokkk.. Depa ni suka buli BFG.. Kadang-kadang depa makan giant hat lain-lain.. Jahat sungguh!

BFG ni kerja dia kumpul mimpi manusia.. Dan tiupkan mimpi pada setiap rumah diwaktu malam.. Dalam rumah dia penuh mimpi manusia yang da simpan elok dalam balang.. Si Sophie ni nak ikot dia buat kerja.. Si butcher boy tu suka kacau BFG.. Sadis aku nengok!

image

si Sophie yang cerdik ni dia bagi jalan macam mana nak hapuskan sembilan giant yang jahat tu.. Depa berdua buat adunan mimpi dan pi tiup kat Queen.. Time ni ada sedih ada lawak.. Memang fattah tengah lena boleh terjaga dengaq aku gelak.. Jeling menjeling husben aku.. Nak buat cmne tak boleh nak kontrol lah! Husben aku kalau aku tak usik tak cubit dia memang lena.. Sebab dia kurang minat cerita macam ni.. Gaduh- gaduh dia mau la.. Tapi anak-anak pulak yang menjerit dulu kan?

Ok sambung balik.. Si Queen pun dapat la alamat suruh panggil askar-askar sekalian pi tangkap giant hat jahat-jahat nuh.. Bila dapat tangkap dengan helikopter, depa kena turun kan di tengah-tengah laut.. Dah la depa ni penakot air.. Memang padan dengan muka.. Sekali Queen suruh lepaskan Snozzcumber yang sembilan giant ni benci sangat.. Sejenis mentimun yang busuk.. Tapi BFG kata sedap..huhu.. Dan sekotak benih snozzcumber tu..

Apa jadi pada Sophie ni? Haa dia dia jaga sepenuhnya oleh Queen Elizabeth.. Dan menjadi anak angkat Permaisuri.. Hidup la dia dengan girang gemirang.. Dari jauh si BFG boleh dengar si Sophie says “Good Morning BFG”.. Tersenyum BFG sambil berlenang air mata menandakan rindu terhadap budak Si Sophie ni.. TAMAT..?