Sambungan dari entry part 1

 

Disebabkan sejuk angin bedebuih debuih ambik gambaq pun terketaq!

Disebabkan sejuk angin bedebuih debuih ambik gambaq pun terketaq!

Macamni lah suasana yang makan tak berhenti-henti.. sampai dah habis “sunset” timbul “moon”..huhu.. Kami masih stay kat deck 10 sebab katanya ada persembahan.. Dan satu lagi nak bagitahu yang naik je cruise ni kita diberi jadual selama 4hari 3malam tu.. Segala aktiviti ada tau.. termasuk menonton wayang time midnight, beberapa pilihan cerita yang ada mengikut hari, yang penting free..huhu… Tapi yang kena bayar tu, aktiviti lain seperti Royal Casino, persembahan yang paling tak leh belah “No bra” .. Ape lagi aku cakap la kat husben aku, “jangan senyap-senyap you ada kat sini sudah, I baling you kat laut”.. Kahkahkahkah.. I buat persembahan takpe la..heee

DSC_0022

tengok tu maknya pun join cruise tau.. Depa la paling ramai sekali siap menari-nari dengan pasangan depa.. so cute!hee

Orang Filipina kalau nyanyi memang sedap..

Orang Filipina kalau nyanyi memang sedap..

Atas tu deck 11.. Kira pool tu open air la.. Kat deck 11 ada Pusat Karaoke dan Gymnasium, Macam ni la suasana atas kapal cruise.. Lagu romantik berkumandang.. Ada pasangan yang menari, bercumbu..hah??? haha jangan terkejut sebab atas ni kalau hampa buat apa pun takdenye orang nak gelak-gelak or nak pandang-pandang.. Orang dah spent duit untuk release tension or sebagainya.. Aku? dengan husben ambik feel je.. Nak buat lebih-lebih memang tak la.. Mau husben aku kena cepuk!..hahaha.. Sampai la pukul 11malam orang dah beransur ke kamar untuk beradu.. Tapi ada jugak yang join filem midnight.. Boleh je nak lepak sampai bila pun.. Orang tak kan marah..

Kapal cruise memang akan mula berlayar malam.. Aku tanya laki aku ” saiyang, kenapa kapal besar gerak malam?” Balas husben aku ” Kapal kecik dah takde tengah-tengah laut ni, So mudah la kapal besar nak bergerak” Aku pun hokey, patut la cerita Titanic tu malam la kan insiden tu?? Oh My gosh tetiba scary..haha.. Melampau tau! Kami pun balik la bilik.. Dah penat melantak, Nak join midnight memang tak lah! Esok jela saiyang.. Dalam bilik ada TV tau.. banyak jugak channel, dah masuk sempadan Thailand memang cerita siam jela wei.. Omputeh ada la 2 channel.. Yang bestnya, Channel pandu arah kapal.. Peta kapal berada di mana, dan bersambung dengan cctv depan belakang tepi kapal cruise sampai lah boleh tengok komander dok bawak kapal.. Amaran kepada siapa yang jenis mabuk laut tu, Termasuk lah aku kan..huhu.. Baik tidur je, sebab dah masuk lautan Andaman tu boleh tahan la jugak ombak dia.. Kapal besar pun boleh terasa, macamana kalau kapal kecik mau muntah aku!..hahaha

Esoknya, bangun pepagi buta lepas subuh tu, tengok “sunrise” Indahnya ciptaan Allah kan.. Aktiviti hari ke-2, kami turun ke Phuket Thailand, Sebelum tu ada jugak aktiviti kat deck 10, Senaman aerobik, pertandingan mewarna untuk budak-budak dan sarapan pagi la yang bestnya! Untuk sarapan kami diberi pilihan tiga restoran, Tapi yang satu restoran non-halal.. So ada dua pilihan. Kami pergi kat deck 9, Ocean blue restoran.. Sini memang ramai yang makan. Pilihan makanan pun banyak, dah penat mengisi perut, Kami pun turun ke Darat, Kepada penumpang di kasihi, anda tidak boleh membeli buah-buahan ye.. Nanti busuk, bergetah semua ada.. Maklum lah Thailand ni syurga makanan jugak tau! Kami dibenarkan keluar sehingga jam 7 petang, Yang mana ada kat kapal tu makanan tengahari masih disediakan.. Yang keluar tu pandai-pandai la cari makan ye.. huhuk!

DSC_0040

nak keluar sempat lagi snap!! tapi ni la non-halal restaurant..haha

DSC_0044

nak terbang saja aku!

DSC_0050

ajet-ajet la tu.. nyampah!heew

Turun je kapal cruise ni, berebut-rebut la pemandu teksi suruh amik pakej depa.. Semua dalam bhat.. Jangan risau sebab dalam kapal ada ‘money changer’ kat luar turun kapal ni pun dah macam-macam jual termasuk money changer.. Tapi kami dah tukar siap-siap kat Malaysia.. Lagi murah! Kena hati-hati masa pemilihan pemandu teksi, lagi senang ambik Muslim, senang nak kautim tempat makan kan..huhuk tu yang penting. Aku cakap kat husben ” I nak cari tomyam paling sedap” Kata husben aku pulak..” haih datang jauh-jauh nak cari tomyam? kat Malaysia pun ada sayang oi”.. “Hah i tak kira, I kan febret tomyam.. Mau tau la saiyang” hihihi.. Hokey lah ada pakej teksi yang akan bawak jalan ke tokong, zoo, shopping mall dan macam-macam lagi.. Tapi aku pilih nak ke Mall je.. Ape lagi, It’s time for shopping!!!(^*^)V

Nah tomyam super duper power sailormoon!!kikiki

Nah tomyam super duper power sailormoon!! Thorsenyum dapat makanan!kihkihkih

Selesai makan kami mintak driver bawak kami ke mall, Untuk menyopping laarrr.. Sampai habis duit la, mujur kami dah call maybank siap-siap yang kami ke Thailand.. So, anda boleh ambik duit kt mesin Atm macam biasa yerr.. Cuma di tukar kepada nilai Bhat.. Peniaga kat sini hampa nak beli boleh tawar, kalau dah memang tak nak beli saja-saja nak tawar menawar takyah la yer.. Kang ada yang tak balik kapal pulak..huhuhu.. Kami tak lama kat Phuket ni, memang tak plan nak berjalan jauh-jauh sangat.. Bandar pun okey jelah.. Kami decide nak balik kapal pukul 5 petang… Pasal malam ni, Aku ade buat “suprise” kat husben aku.. Dia tak tau hokey! Aku tak nak la letih penat nanti nak present kan..heee

Bye-bye Phuket! Till we meet again! :)

Bye-bye Phuket! Till we meet again! 🙂

DSC_0048

Dah penat!YEayyy!!

Dah sampai atas kapal, Masing-masing dah penat. Rehat bersama kitkat jap. Tapi aku rehat di Spa hokey! Muka aku habis hangat bengat kena cuaca di Phuket.. hehe… Boleh tahan harga dalam kapal ni okey je tak dak la mahal if nak ke salun rambut pun.. Ramai yang buat pulak tu.. Haa kedai tanpa cukai pun ada banyak, jual segala minyak wangi, coklat macam kat Airport tu.. Haaa macam tu la dalam kapal ni.. Ada la mamat sorang kat tengah dok main piano tak berenti.. Lagu best-best pulak tu… Aku pun buat appointment la kat Spa dan Salun.. MErileks kan diri aku ni.. Kang malam nak pakai chantek-chantek.. Tunggu part 3 ye.. =)

 

Bawa daku pergi... Pergilah kau sorang-sorang!heeee

Bawa daku pergi… Pergilah kau sorang-sorang!heeee