nak lompat tapi takut gempa bumi..kahkahkah

Nak lompat tapi takut gempa bumi..kahkahkah

kalau nak ikutkan ni 2nd honeymoon kami ke overseas, yang 1st honeymoon ke bali, indonesia masih dalam pencarian bukti..hahaha.. Tak boleh belah kan, hilang semedang! Hokey.. Balik pada entry kali ni aku nak sharing is caring kot kot siapa yang teringin nak join Star Cruise Libra. Memang aku cakap antara the best percutian yang kami pernah pergi. Sebabnya mungkin berdua je, tak dak bertiga atau berempat..kikikiki.. Time ni alisha kena dok dengan tok dan tokwan kat Taiping, Bubye kakak..heeee..ehh..Fattah time ni tak wujud lagi.. Harap maklum..(^_^)V

Antara pakej yang kami ambik ni, PENANG – PHUKET- KHRABI- PENANG, pelayaran selama 4hari 3malam memang umph!!  Actually, aku nak buat “suprise honeymoon” la sangattt kat husben aku ni, time aku berpantang husben aku kena pi cari MH370 yang katanya hilang dari radar di lautan hindi yang bergelora penuh dengan kerinduan onak ranjau berduri pokok mawar berduri semua adalah kan! Aku pun mula cari kat pakcik google pakej Star Cruise Libra, sebelum ni kami lalu je kat Padang Kota lama tengok je dari luar.. Pernah jugak aku cakap kt husben, “Saiyang, mesti mahalkan naik cruise ni, bilalah kita boleh  naik..” Dalam hati aku fikir mesti berbelas ribu riban la.. Akhirnya aku beranikan diri cari kat pakcik Google…

Pakej sendiri beli kat kaunter pun ada, pakej dari traveltours pun ada. So aku pilih satu travel & tours ni , http;//www.kungfu travels.com , Hampa boleh klik tengok pakej-pakej di website kung fu travels..menarik! Aku pun cuba nelifon kaunter pertanyaan operator syarikat tu. Alhamdulillah yang angkat pun baik sungguh, tak sombong, mau je melayan aku yang banyak tanya ni..kikiki.. Mulanya dia tanya untuk apa, Aku pun bagitau la apa yang patut memang nak nyeparaiskan husben aku tu ha.. Dah time anniversary kena pi cari kapal terbang pulak kan..ngak ngape.. Khidmat untuk Negara Malaysia terchinta!..huhu mendalam k! Sembang pi sembang mai dengan operator tu set date semua submit bayaran.

Yang bestnya, All in seperti Tiket cruise untuk 2 dewasa, Makan sebanyak 6kali (Breakfast, Morning tea, Lunch, Evening tea, Dinner, Supper) tudia super lengkap untuk perut aku yang jenis menternak kan..hahaha.. Bilik Overseaview Coach deck B, Deck ni letak diantara tengah tengah kapal la.. Untuk bilik pun dia ada banyak pilihan mengikut bajet anda! Pengangkutan percuma bot ke Krabi, Thailand. Cuma aku buat penambahan Anniversary Pakej tu pun dalam RM200 je.. Murahkan?? Nanti aku tunjuk apa diorang sediakan untuk pakej tu. Memang berbaloi makloi! Kami berlayar dalam bulan Ogos 2014.. Dah lepas mana hala date anniversary 23hn mac kan.. Tapi apa kan daya.. Tapi takpe.. Time tu pun aku berpantangan.

Departure time akan bermula pukul 5petang.. Masa tu aku dan husben kalut dari hantar alisha ke  Taiping, memang aku rasa kami paling last lapor diri.. huhu.. Ala-ala jack ligan kapal titanic tu… Kalut la kononnya.. Kalau terlepas mau rugi duit..heee.. Tapi alhamdulillah kami sampai untuk lapor diri kat kaunter pihak Travel&tours sambut kami dengan mesra.. Tapi english talk la.. Baku english..huhu.. Pasal atas kapal ni semua warga negara lain, mostly Filipina. Chantek-chantek Hensom-hensom..hihi..macam Jericho Rosales.. Kalau datang single ni mau cekup sorang..hehe.. Hang ingat dugong nak chekop chekop?? Hokey.. Lupa nak bagitau kat hampa, macam biasa sebelum naik pastikan pasport kita tak kurang dari tarikh enam bulan yee. Kalau tak jenuh ngejit kat abang imegresen tu.. Kalau lelaki takpe la mau perempuan.. Turun la hang..kikiki

 

Jack!jack!jackkkkk!!! hahaha sekali ah chai yang sampai

Jack!jack!jackkkkk!!! Aik???Ah chai pulak yang sampai..huhuhu

Dah naik atas kapal, kami cek in beg dulu la kan riki riki bilik tengok macamana kan.. Sebab atas tu boleh hampa nak upgrade bilik lebih besar.. Tapi duit pun upgrade la nohhh.. Bagi aku takyah lah sangat bukan ada anak-anak pun.. Lagi sempit lagi bagus.. Bak kata rapatkan saf!..heee.. shutttt! Hokey .. Cruise ni sangat la besar.. Ya Allah rasa nak menitik air mata bila ada atas cruise ni… Tak sangka Allah izin kan aku merasa semua ni.. Tanpa izin Dia, aku dan husben tak kan ada atas kapal ni.. sobs sobs.. Sedih pulak! Dah dah.. sambung balik.. Kami dan penumpang lain di minta untuk berkumpul bagi memulakan rehearsal sekiranya berlaku kecemasan dan sebagainya.. Sambil diberi taklimat sambil la Cruise tu bergerak pelahan lahan ke tengah laut.. Angin sepoi-sepoi bahasa.. Huu bestnya!seyesly!

Start la mengisi perut..huhuhu

Start la mengisi perut..huhuhu

Pukul 6 petang lepas taklimat kami boleh ke deck 10 untuk makan malam… Fuyoo.. Masa yang dinantikan..hehe.. Naik saja.. Tudia ramai orang, tapi smooth je..tak de yang berebut-rebut.. Dalam hati “Ya allah.. Macam-macam la makanan”.. Rambang mata tengok aih.. Yang husben aku kalau buffet macam ni memang punggung dia tak lekat kat kerusi punya.. Asyik ambik makanan je.. Padahal aku dah sengkak! Aduih la.. yang bangga Chef malaysia ramai, Konon aku ni speaking la.. Baku english, Sekali tengok Nametag form Malaysia.. Ceh, terus keluar utara aku.. Hahaha.. Gelak Chef tu! Ceyy, husben aku pun dok qenyeh tak habih la.. Pasai kali ni dia naik kapal tak yah bertugas.. Naik untuk honeymoon saja! Beza dari kapal NAVY okey!..heee .. Tengok Pool tu kalau angin kuat mau bergelora berkocak! Serammm pulak!.. Yang bestnya makan sambil nengok “sunset”.. Romantik gitew..

To be continue…

DSC_0007

I believe i can fly!