Mintak maaf ngat ngat pada kawan-kawan yang mengikuti cerita aku dan husben #sayangku Leftenan Komander Alvin Tan Muhammad..cerita terhenti di part 4 jek.. Bukan apa mak jemah ni sibuk nguruskan anak pinak ni haaa.. Memandangkan story kat TV3 pun belum berakhir, “SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ” drama adaptasi dari novel anugerah terindah by SOPHIE SHOPHILEA yang penuh dengan konflik dan dugaan pancaroba tu, aku pun nak nyambung lah stori mori aku dan husben..hehe peace yeop!

nah tatap gambar beta!hihik..nie outdoor time bertunang..xoxo

nah tatap gambar beta!hihik..nie outdoor time bertunang..xoxo

Sebelum kejadian 15th desember 2012, aku bagitau bakal suami ” you, i rasa better i jumpa family you dulu lah..mana tau diorang rejek i ke tak berkenan ke” terjah aku. Bakal suami pun berkata “okey, jom kita balik kuantan”.. Dalam hati aku, ” hamboiii dia nie..kemain seronok..padahal aku dah macam nak luruh jantung lembik lutut semua ada nak jumpa bakal mertua. Maklumlah lain bangsa Satu Malaysia maaa..kikiki.. Kena spotcheck jugak, takut-takut lah cara hidup yang berbeza. Takut lepas kahwin aku or dia tak boleh nak adapt.. Sebelah family aku dah tak yah aku nak risau, asyik singgah taiping je sejak-sejak dapat green light tu.. Mak Abah aku pun layan dia baik, besar pahala layan saudara baru ni kan..huhuk

time ni outdoor kat lake garden Taiping..huhu..ala-ala modeling la sangattt

time ni outdoor kat lake garden Taiping..huhu..ala-ala modeling la sangattt

Sampai je Kuantan, Aku pun dupdapdupdap jantungku tak berhenti ribut kencang ni.. “Dah pehal kau fatillah rileks..” Bisik hati aku yang gundah gulana.. Bakal mertua pun sapa kami yang baru sampai dari Penang, memang jauh jugak dekat 7 jam baru nak sampai, naik kematu punggung aku ni haa.. Aku pandang terus muka Daddy, “Alamak garangnya muka, habislah hang Fatillah…hang memang tempah siap-siap nih”..kelu lidah aku sambil berkata dalam hati.. Sapa aku ” Hai uncle” “Hai Aunty” sambil berjabat tangan keduanya, maklumlah orang tua.. Kena la respek! Yang tak tahan aku pi tibai je uncle..hahaha.. nak tergelak pun ada bila ingat-ingat. Dah memang betul, slumber jekkk.. Lagipun aku ni jenis yang kofiden sikit..so gugup tu dapat la aku atasi serba sikit..hikhikhik

haa..ni lah my in law..garang tak muka daddy??scarykan..hihik..muka baba nyonya mmg cengey..tapi hati depa baikk..

haa..ni lah my in law..garang tak muka daddy??scarykan..hihik..muka baba nyonya mmg cengey..tapi hati depa baikk..

Sambil aku pandang bakal suami aku yang tersengeh-sengeh macam kerang busuk tu, aku tau dia mesti gelak kan aku..jeling aku sambil cakap dalam hati.. Tetiba Daddy bersuara ” marilah kita masuk”.. Aku pun menyahut ” Baik Uncle”.. Aku tinggal je bakal suami aku angkat beg-beg aku yang macam nak duduk sebulan..huhu.. Padan muka! gelak hati aku sambil pandang dia. Masuk je dalam rumah, memang rumah diorang sangat bersih, mozek berkilat je.. Mungkin tak dak anak kecik.. Adik dia pun dah besar-besar. Dalam hati malu aku, rumah aku pun tak sekemas ni..huhu.. Aku terus labuhkan punggung aku kat bangku kayu kawasan hall.. Daddy pun terus soal siasat aku tanpa “Assalamualaikum” hehehe..memang lah tak kan.. Apa lah hang ni Fatillah! “Uncle nak tanya nih, Tillah makan tak kalau cina masak?” soalan yang buat aku tergamam sebentar bersama kitkat.. Mata aku pun pandang tepat ke mata Daddy. Habis lah aku nak jawab ape ni.. aku pun ajet ajet cool ” Makan Uncle, sekarang pun dah ramai chef cina, tapi diorang tahu apa yang muslim tak boleh makan lah..” Jawab aku dengan slumber.. Padahal naik meletup dada aku ni ! adoih..

” okey tak apa, sebab Aunty suka masak.. so tillah boleh makan takpe..kalau tak boleh kita makan kat luar..” kata Daddy dengan nada yang serius . Daddy memang seorang yang serius, Kadang-kadang aku tak tau yang mana satu lawak yang mana satu tak. Bahasa campur antara Melayu dan Inggeris, jarang dengar daddy bercakap mandarin. Selalu aku dengar Mummy dan anak-anak dia ja cakap mandarin, aku pun pura-pura la faham kekadang tu..huhu Aku pun sembang panjang lebar la dengan Daddy time tu, Mummy memang tak cakap banyak.. sampai la sekarang, so aku tau la laki aku ni ikut siapa, jenis nak cakap macam ketul emas dalam mulut, tapi sekarang Allahuakhbar, tak terlayan..hahaha..Aku diberi bilik bakal suami aku, ada lah gambar-gambar dia yang oldskool tu..hihik kelakar pulak tengok.. “Tapi dulu masa sekolah mesti gatal ni ” Bisik hati aku..

Time ni chinese new year 2015

Time ni chinese new year 2015

Selesai mandi solat, Aku cakap kat bakal suami, ” you, jom keluar? i bosan la…” Lagipun Mummy dan Daddy tak dak, nak tolong buat apa yang patut pun aku masih orang baru dalam rumah tu. Sementara tunggu diorang balik kerja kami keluar lah jalan-jalan cari makan..huhu..memang dasar penternak lemak dari sebelum kahwin sampai la sekarang.. Apa nak jadi lah..kikiki.. Bakal suami pun cakap dengan adik dia yang baru balik sekolah tu, tapi dalam mandarin la, tapi yang aku faham mungkin nak ajak keluar sekali.. Adik dia tak nak ikut, yelah letih balik sekolah.. Kami pun terus kan agenda nak jalan-jalan cari makan tu.. Sempat jugak kami bergambar sambil jalan-jalan cari karipap ayam, Laki aku tak habis habis promote karipap Ayam sedap la, besar lah sekali nah Sampai je kedai tu “Dah habis”…sedih mak nokkk!

Time ni aku pakai heels so aku la nampak tinggi dari dia kan..yela masing-masing kurus x tembun macam sekarang..huhu

Time ni aku pakai heels so aku la nampak tinggi dari dia kan..yela masing-masing kurus x tembun macam sekarang..huhu

Dalam kereta terus aku tanya ” Sini makanan apa yang best?” Jawab bakal suami ” Sini ada banyak makanan sedap lagi, tapi sejak I masuk islam, ada selected kedai makan yang boleh kita makan, Haa..Mee kari kat Teluk Cempedak, kedai Chinese tapi memang Melayu ramai makan kat situ sejak azali lagi” Jawab panjang lebar bakal suami aku sambil tersenyum… Aku pun dengan girang menjawab” Haa okey jom kita terjah”. Tetiba Mummy Calling… Katanya suruh balik rumah makan sebab Mummy nak masak lepas balik kerja. Dengan nada serba salah bakal suami berkata” Mummy cakap balik kerja nak masak lah, so kita makan kat rumah jela sayang nanti kenyang pulak..” Dalam hati aku ” Ala dia niiiii… Aku baru nak makan-makan nak dating..”.. Dengan nada pelahan dan serius aku jawab..”Baiklah, mak you tak penat ke balik kerja nak masak?” sapa bakal suami” Tak lah Mummy memang camtu, Dia nak masak sup Kacang la tu..febret I”.. Dalam hati “sup kacang?” Alamak..aku dessert segala mak neka tu aku tak makan ni lagi nak makan dengan nasi..Ohhh tidakkkkkk!! Jerit hati aku sorang.

Mungkin bakal suami aku perasan aku tiba-tiba senyap, terus dia sampuk “Tapi I janji esok pagi-pagi kita pergi makan mee kari tu hokey?” Aku pun berpaling tengok muka dia  dengan geram.. So annoying! jeling aku sambil kata dalam hati. “Yelahhh”.. Pantas dia cuit pipi Aku yang tembun tu..haha.. Aku nak mula merajuk dah okey, Kalau tak dapat makan apa aku nak! Sampai je kat rumah dia, Makanan dah terhidang, Aku duduk je kat meja makan tu.. Bagus punya menantu..huhu.. Tapi buat dek jelah.. Dalam hati ” Awalnye diorang dinner, baru pukul 7 petang kot?” Di luaran aku tengok jela budaya diorang, Air memang tak dak atas meja makan hokey! Ada makanan, ulam-ulaman dan mata aku terhenti kat sup kacang febret bakal suami aku tu.. Dalam hati, simple je sup kacang tu hanya ada Kacang merah besar direbus dengan ayam sampai empuk”

Puas ngelamun, Aku dengar suara Mummy ” Mummy beli ayam dekat Tesco, Tillah okey kan? Mummy masak kakkiok kicap, alvin kata you suka makan kaki ayam.. Mummy masak lah” yela zaman sekarang kan dah moden.. Ayam memang aku pun beli kat tesco, cuma beza dia masak tak selawat jela.. Tak kan mummy nak boleh selawat.. Karang terkejut pulak..huhu.. Dengan nada yakin dan senyum aku berkata “saya okey je Mummy”..Aku dan bakal suami aku pun mulakan dengan doa makan dan bismillah, Alhamdulillah diorang sangat menghormati, Belah Daddy ada yang kahwin dengan islam jugak..so dah terbiasa dan diorang tahu pantang larang.. Masa tu terkejut jugak aku,  mak dia bahasa kan Mummy dah..Mungkin dia okey dan terima yang aku bakal menantu dia.. Masakan pun simple je.. “Memang aku boleh je masak untuk dia ni lepas kahwin”..dialog hati aku..hihihi.. Padahal sampai sekarang lah aku tak pernah masak sup kacang tu..Yelah dia je yang suka, Aku tak suka..huhu.. Tapi takpe..nanti aku masak aku share resepi..huhuk

Macamni la kalau sekali makan dinner..huhu meriah!?

Macamni la kalau sekali makan dinner..huhu meriah!?

Esoknya, Aku gigih bangun awal nak makan mee kari..hihihi.. Aku keluar dari bilik dah bersiap semua.. Turun tingkat bawah Bakal suami aku je ada.. Terus aku tanya “Mana yang lain?” Jawab dia ” Daddy Mummy pergi kerja, Adik sekolah kan” yelah kami kat Kuantan pun time weekdays.. Memang tak cuti lah kan. Family mertua aku memang Workaholic.. Takda nak ambil cuti cuti ni.. “eh you, pagi tadi i dengar suara daddy pukul 4pagi, kenapa ada masalah ke?” Tanya aku.. “Takda apa pun, diorang memang bangun tidur time tu” jawab dia sambil tersengih tengok aku dah bersiap..Mak aih, awal gila bangun.. Aku pun bangun pukul 7pagi.. Subuh pun hampir terlepas kot.. Malunyaa.. Ngomel hati aku..huhuk.. ” I tunggu u nak breakfast, Mummy masak mihun goreng sebelum pergi kerja tadi, i buatkan milo untuk you ye” sapa bakal suami.. Kami pun makan dulu sebelum keluar, memang diorang banyak makan kat rumah dari makan kt luar.. So aku dah tahu, lepas kahwin kompem aku kena kerap masak ni..

Sepanjang aku berada di sana, aku okey je.. Kira boleh masuk kepala lah kan.. Takda la aku nak duduk atas sejadah je tunjuk alim.. Semua tak boleh.. Bagi aku islam ni mudah, tapi ada batas.. Jangan nampak rumit dan susah sampai nampak berat di mata agama lain.. Aku anggap semua ni ujian dan cabaran untuk aku pelajari. Kalau kita terima setiapnya dengan ikhlas.. Insyaallah kita tak kan rasa tekanan pun.. Kami di sana hanya 3 hari 2 malam saja, lepas tu kami berangkat ke Penang.. Pada 15th desember 2012 kami mengikat tali pertunangan dan hampir ke semua ahli keluarga bakal suami aku hadir..hehe.. Bestnyaaa?

SAAT TERLIHATMU ADA SESUATU YANG PERNAH KU MERASAKAN WAKTU DULU INGINKU BERLARI SENDIRI DAN SEPI CUBA TUK SEMBUNYI RASA INI NAMUN HATI MENGUASAI DIRI HARUSKAH KU LUAHKAN PADA MU SANGGUPKAH KU BIAR RAHSIA SELAMANYA MAMPUKAH KU HALANG RASA CINTA YANG TERPENDAM SEKIAN LAMA BERSYUKUR PADANYA YANG TELAH BERIKAN PADAKU ANUGERAH YANG TERINDAH

SAAT TERLIHATMU ADA SESUATU
YANG PERNAH KU MERASAKAN WAKTU DULU INGINKU BERLARI SENDIRI DAN SEPI CUBA TUK SEMBUNYI RASA INI NAMUN HATI MENGUASAI DIRI HARUSKAH KU LUAHKAN PADA MU SANGGUPKAH KU BIAR RAHSIA SELAMANYA MAMPUKAH KU HALANG RASA CINTA YANG TERPENDAM SEKIAN LAMA BERSYUKUR PADANYA YANG TELAH BERIKAN PADAKU ANUGERAH YANG TERINDAH