I’m in love..i’m in love..i’m love with the monster!!sambil joget joget ha bila ingat soundtrack filem “Hotel Translyvania” haaa..sebut pun nak tergeliat lidah lidah den ni haa..dah nogori pulak mai.. Apa cerita wayang first date hampa?? cuba recall balik??hehe.. Aku, cerita kartun menjadi pilihan.. Lagipun ni date yang tak disengajakan..hihihi.. hokey sambungan part 3..

images (9)

Jejak je kaki kat wayang 1st  Avenue tu, mata aku pun bekeliaran cari mamat beruniform biru tu..mata aku terhenti kat seorang mamat yang duduk kat sofa wayang..berjaket kulit di lengan..berkasut sarung..eh formal la sangat dia ni..berblouse lengan panjang macam baju sejuk..memang tentera betul la dia ni.. Aku? hanya berpakaian biasa..berblouse lengan panjang dan berseluar legging hitam..time tengah hotstuff la kata kan..hihi..

Memang akan cam lah.. tak jauh beza pun bila dia pakai uniform or tak.. Tapi macam tak caya pulak aku “dating” dengan mamat cina..ngehngehngeh..hey belum “title dating lagi tau time tu”..dah dah jangan nak mengelamun pulak!hehe..tanpa segan dan silu aku terus melulu pi kat dia,”Tunggu kejap eak, saya pergi beli tiket wayang”. Dia terbangun “I dah beli dah tiket tu, tadi i takut tiket tu habis i beli la siap-siap”. Aku pun bepaling dengan muka slenger..”Ha?macamana awak tau saya nk tengok cerita kartun tu”..tunjuk aku dengan mulut muncung bak delima..kahkahkah delima la sangatttt..

“Kan i call you tadi time u drive,u nak tengok cerita apa” dengan nada yang lembut sambil pandang tepat kat mata aku.. Tetiba gedebuk degebek hati aku berdegup kencang..berdegup jantungku bila ku dengar suaramu ah ah ah!Lagu Amalina dangdut pulak mai..hehehe.. Aku pun tersenyum , Betul jugak..punya fokus la masa drive sampai lupa siapa yang call aku tadi..ngomel aku dalam hati. “hurmm..okey lah, Awak dah beli tiket, biar saya pulak beli makanan ok” jawab aku dengan slumber..sbb aku memang tak suka guna duit lelaki yang tak de hubungan..tak nak terhutang budi kan..tapi time sekarang ni jangan cakap laaaa…”duit dia duit aku..duit aku is duit aku lah..erk?hahahahampeh!

Kami pun masuk dalam wayang. Aku lah paling “excited”..  pasal aku memang minat gila cerita kartun..smpai la sekarang dah beranak pinak pun..huhuhu.. Masuk wayang aku berhenti, “Mana seat kita?” aku tanya dia.. Laju ja mamat ni jawab” Tu” dengan jari telunjuk dia.. Dalam hati aku, “Dia amik couple seat.. Alamak.. Advance dia ni kemain lagi eak.. Patut la beli tiket awal-awal, menyirap pulak aku time tu..tapi aku ajet-ajet cool la..masuk dan duduk.. Sepanjang stori tu aku punya gelak terbahak bahak..peduli apa aku nak cover cover kan..dalam wayang tu memang dengar suara aku je gelak.. Dah la bersila atas kerusi wayang tu..memang dasyat kalau “ustaz Mukhriz reject lari tak cukup tanah..kahkahkahkah

72856_602355283127171_1345900076_n

Well,aku kawan dengan siapa pun aku jenis yang terus terang.. Tapi kan yang pelik bin ajaib tu, Mamat ni diam je.. Part kelakar dia takpun gelak..tau la army kan..tak yah la seyes sangat kan..ceh! kompem memang dia tak minat cerita kartun..ke dia lena ha? Tula..siapa suruh join.. Padan Muka..ngomel hati aku sambil tergelak sinis “hihi”.. Dok tersengok sengok..nasib baik tak berdengkur.. Baik aku tengok wayang sorang sorang cmni..hampeh betol.. Bila fikir balik, mungkin letih kot.. Banyak kerja, bukan senang jadi ‘kepala’ kat KD Sri Pinang tu.

Habis wayang, mamat ni ajak aku keluar minum pulak.. Dah sedap lena kat dalam tu boleh pulak ngajak minum ,minum..banyak chantik! bisik dalam hati.. Sambil jeling ” Ye lah tapi kejap je tau” balas aku. Mamat tu dengan rasa bersalah sebab lena dalam wayang terus cakap “okey sekejap je janji..hehe”..annoying betul huh! Kami naik kereta berasingan, dah datang pun asing kan?kikiki.. Turun dari tempat parking bertingkat tu masing-masing tunggu kereta mana nak follow kereta mana..haha.. Aku suruh dia pilih, sebab aku tak tahu nak lepak minum mana tengah malam.. Hantu ada la..hohoho

Hokey lah, Dia pun dengan konfiden nya pilih Starbuck.. Dalam hati aku, “Allah apa aku nak order ni, aku mana pernah pi Starbuck ni..” habis lah.. yang aku tahu kopi je.. nampak sangat la kekampungan kat situ kan.. huhu.. Hokey takpe takpe buat rileks buat peace..hehe.. Sampai je aku suruh dia yang order.. bijak tak aku??kikiki..padahal bila dah kahwin.. Dia kata time tu pun dia first time pergi Starbuck.. Ceh! berlagak high class.. Kalau aku tau lepak kat seagate kedai bihun sup lagi sodap angin laut sepoi sepoi bahasa kan..

Mulai saat dan ketika itu, babak babak bibit bibit semuanya ada lah.. Tapi biasa -biasa aje.. Takmau letak harapan.. Aku + mamat cina? memang tak pernah pun dalam kepala hotak aku ni..hehehe.. Abis syif je memang Dia akan tanya Aku nak buat apa.. Kira Dia memang nak aku tengok muka dia jela habis time kerja.. Mai hantaq bunga, Bear ada saja taktik taktik yang laki aku ni.. Bila time kena interview untuk kemasukan PSS ( Pasukan Simpanan Sukarelawan), Aku berpakaian seluar slack kelabu, Kemaja purple berlengan panjang dan berkasut heel tinggi 2inch..fewittt..macam manager!.. Masa tu hilang rupa Misi Fatillah.. nah Gambar ni ja yang aku ada hasil ihsan Facebook

224541_513284158700956_166075251_n

Bersanggul siput belit belit gitew..hehe.. Aku  pun dengan gugup mesej mamat tu.. ” Nervous lah, apa pegawai tu tanya?” posto posto..”tak tanya apa-apa, buat biasa je”.. Tetiba aku dengar suara memanggil manggil nama aku ” Nur Fatillah bt Che Ahmat..Sila masuk”.. Lagi sekali jantung aku berdegup kencang, aku nampak Mamat baju biru dah bertukar baju kaler putih..sambil tersengih sengih kat meja Auditor.. Ghupenye dia lah Pegawai yang interview, ceh! patut lah bukan main suruh aku rileks.. Aku pun jawab dengan tenang soalan yang dia kemukakan.. Aku tau mata dia  tengok aku macam nak tertembus kat dinding belakang..

Selang sehari dari aku interview, aku balik ke taiping, yela mana lagi aku nak pergi kan..cuti je aku balik la rumah mak abah. Tetbe mesej masuk  tet tet ” I nak ke lumut hari ni, Boleh tak i nak singgah taiping kejap rumah you?” soalan dari mesej yang mamat tu bagi. Dalam hati biar betul mengada-ngada pulak nak singgah rumah. Aku pun balas, “okey”. aku share la location kat dia. Dalam masa yang sama aku pun sembang la serba serbi kat mak abah aku kang terkejut pulak aku kawan dengan cina mana pulak dah, for sure soalan dah sunat belum?..kikikiki..tak berapa lama dia pun sampai.

Abah aku siap ber “tuan” dengan dia, maklum lah abah pun bekas army, so dah biasa dengan pangkat-pangkat ni.. Sembang panjang lebar pulak tu..sempat la makan sikit.. Lepas solat asar, Dia teruskan perjalanan dia ke lumut. Aku pun anggap macam biasa, nothing more than that.hihi jual mahal betul ngalahkan ostad muhkriz! Aku dah balik ke penang keesokannya, Aku hairan dia tak call tak mesej sekali pun..”Dia okey kah?” bisik hati kecik ni..Aku pun mesej dia, ” u kat mana?” Dia balas ” i kat KD Sri Pinang, buat kerja”.. Dalam hati macam nak marah pun ada tak bagitahu dah sampai penang? Okey fine! Memang aku dah kata dia takda apa-apa pun perasaan dengan aku..berdengus hati aku lagi.

538328_576061649089868_2106910210_n

Malam tu aku saja telefon mak sebelum tidur, angkat je telefon mak cakap ” Hang terima ka Dia dalam hidup hang?” tanya mak. Aku pun tercenggang jugak la..”mak cakap pasal siapa?” balas aku. Jawab mak balik ” hang tak tau ka kawan hang kelmarin mai tu, dia mai tadi siap bawak cincin belah rotan nak merisik hang. Mak siap hidang gulai apa makan, lama dok sini solat semua” Aku mimpi ke apa ni? termenung sejenak. Cuma mak aku kata dia mai seorang, mana pi keluarga dia.. Aku terdiam je la, macam mimpi ke apa sampai tak boleh lena la malam tu.. Aku solat isthikarah mohon pertunjuk dari-Nya…

Bukan senang nak kahwin dengan mualaf..besar tanggungjawab.. Aku pun iman tak teguh, nak bimbing dia pulak. Aku berzikir sampai terlena kat atas katil. Malam tu aku mimpi lagi sekali, benda yang aku pernah mimpi sebelum ni, ” Muka yang kabur kabur, tapi cerah kulit. Beruniform biru navy seluar hitam datang ke arah aku.. Lepas tu, aku tersedar dari tidur yang nyenyak.. Haaa macam drama tv3 kan..hehe.. Tapi itu lah realiti, bila kita mohon sesuatu Allah swt akan permudahkan.. Aku buat solat istikharah berulang kali , aku dapat jawapan yang sama. Dengan itu, aku bersetuju untuk menjadi teman hidup dia..

479771_550735998289105_113271053_n

15th Dec 2012, hari pertunangan kami..mengemparkan seluruh warga KD Sri Pinang, hehe