Disebabkan keinginan aku nak masuk PSS (Pasukan Simpanan Sukarelawan) tu sangat, aku ketepikan la perasaan meluat aku tadi. Aku dan dua kawan yang berminat jugak tu layankan la soalan mamat beruniform biru ni..Jawab dengan penuh slumber tanpa segan silu..hihi.. “aah, kami berminat,macamana nak apply encik?”

Dengan slumber aku ber”encik” dengan dia???padahal hang tau tak tilah hang tengah cakap dengan bos KD Sri Pinang berjawatan Pegawai Staff kat situ hokey!kena panggil Tuan tau tak..hahaha..kesah pulak aku kan?hee..Mamat beruniform biru tu pun macam terkedu dengar aku panggil encik or dia rasa aku slumber gila time tu jawab..persetankan je lah..

Ok, saya bagi borang ni isi dan submit kat saya bila dah siap, tapi secepat yang mungkin lah kalau nak sertai sebab akan ada intake hujung tahun ni” macam biasa lah kalau mamat ni cakap memang dengan penuh perasaan sampai terangkat-angkat ha kening dia..sapa mamat beruniform biru tu lagi..”amik nombor telefon saya apa yang tak faham boleh tanya..” kami bertiga pun hangguk faham..dan tet tet tet simpan nombor yang mamat tu bagi.

61791_464123643646401_2028460076_n

time ni ajet-ajet la pasai kuruih..cuba time ni mau meletop baju tu..hahahak

Sampai dateline kena submit, aku pun berjanji la dengan dua kawan yang berminat nak join jugak tu.”hokey set pukul 10 malam lepas aku habis syif petang pukul 9 malam. Kami naik kereta berasingan, sampai je kat pejabat KD sri pinang tu aku pun mesej mamat tu “saya dah sampai encik” dan dia balas mesej aku “ok saya ambil korang kat bawah”. Sampai je kat pejabat dia, mata aku bekeliaran tengok pingat dan gambar-gambar yang tersemat dalam alamari dan dinding. Tiba-tiba mata aku terhenti pada sekeping gambar, bisik hati aku “hish..apehal dia duduk depan plak dalam gambar tu, barisan tengah plak tu. Terus aku cari nama dia, terbeliak biji mata aku dalam gambar tu tulis “Leftenan Alvin Tan Muhammad(pegawai Staff)”

Dalam pemikiran aku,”haish dia ni islam ke, sabahan ke, kacukan ke”aaahhh lantak lah..kesah pulak aku kan..Dengan keadaan mengelamun aku terkejut dengar mamat tu bersuara “duduk lah”. Aku pun rebahkan punggung aku tu di sofa jauh beberape meter je dari meja pejabat mamat tu, yang dua kawan aku tu duduk di kerusi meja pejabat. Banyak soalan yang dua kawan aku tu, satu-satu soalan. Aku hanya mendengar dan terdiam di sofa tadi. Lagipun ada lagi satu borang yang perlu di isi dan hantar malam tu jugak. Aku tanpa melengahkan masa terus menulis mengisi borang yang mamat tu bagi.

Isi punya isi, dah siap dengan berani aku berkata “saya dah siap isi,saya boleh balik kot”..tetiba mamat tu buat muka terkejut dan terus ke arah aku yang duduk beberapa meter je ┬ádari meja pejabat dia..”mari saya tengok, tilik punya tilik”tetbe jugak dia tersengeh tergelak sinis sambil pandang aku. “kenapa ada benda lawak ke kat borang tu?”sapa aku dengan keadaan yang ingin tahu apa dia mamat kening ni gelakkan. “Ni kad pengenalan bila?”..aku dah agak dah mamat ni mesti gelakkan IC aku tu, ye tak nya gambar time darjah enam kot..kahkahkahkah..tudung hitam muka pun hitam tp hitam manis la..hahahaha..lol

“Ni time darjah enam la encik,kenapanya”..sapa aku dengan bengang gila boleh dia gelak kat gambaq IC aku tu..”kan tak rosak lagi IC tu,boleh pakai apa..”jawab aku. Mamat tu pandang muka aku sambil cakap “cik kak, IC sampai 21 tahun kena tukar dah, bukan tunggu rosak”..Muka aku pn merah padam memang aku tak kan pandang time tu nak cakap dengan dia sebab time tu aku 22 tahun dah kot aiseymennn..haha. “Dah tu saya kena tukar ke encik?saya mana tau takdak siapa pun bagitau saya”..jawab aku dengan slumber.

Tetiba aku dengar suara sumbang “Tak tahu, jom esok saya teman pergi buat IC baru..” Dalam hati aku, Ek elehhh mamat ni..dah gelak kat aku..nak teman aku pulak..memang tak dak masa la aku nak layan. Jawab aku spontan “esok saya kerja, nanti la saya buat”..cakap pun aku tak pandang muka dia..geram punya pasal..huh! dah selesai submit borang aku pun balik tanpa pandang belakang dah..Tapi sampai kat pintu kereta aku pun buka, tetiba lak ai aku nak pandang belah pintu pejabat mamat tu..Jeling tajam aku bagi..haha..mamat tu pun tersengih sambil angkat kening..eh..memang mat kening lah!haha

Aku terus balik, tak de pulak nak merayap penat syif petang. Dah ready nak tidur,” Bismillah”..Posto Posto..hehe..macam ariana la pulak kan..buka mesej..nombor mamat kening tu ” Hati- hati balik, take care”..tersenyum pulak aku..eh,apehal pulak?kemain kena gelak pasal IC aku td..huh! bila fikir pasal geram aku pun terlena. Balik Taiping aku buat IC dengan abah, setel kena denda RM10 hengget! Tetbe ada mesej masuk, Posto Posto..” Dah buat ke IC baru” first time aku balas mesej mat kening tu “Dah buat pun”. Esoknya aku nak balik Penang, memang aku plan nak pi tengok wayang, Posto Posto..” Dah balik Penang ke?”..aku pun balas..”saya on the way..kenapa?”..bunyi lagi..” Balik nak ada hal apa tak nak buat?”..bisik hati aku smbil drive tu..”haish mamat ni apehal tanya banyak ni..” Saya nak tengok wayang”..bunyi lagi telefon..” Saya nak join boleh?”

Aku pun letak kejap telefon kat tepi sambil tersenyum..eh pehal pulak mamat kening ni, mimpi apa nak keluar sekali..haha..aku pun balas la 5 minit berlalu..”Hokey, jumpa di 1st avenue..dah smpai saya mesej..” Nak kata hati gembira ke dupdapdupdap ┬áke tak tahu la time tu..hihhihi..Maklum lah lepas putus cinta tu memang aku layan sorang-sorang je wayang.. satu hari boleh tengok tiga story okey!hehe..tetiba malam tu ada teman pulak kan..bunga -bunga la jugak kan..heee.. ok sambung balik, sampai kat wayang 1st Avenue aku pun nampak dia berjaket memang macam cina betul putih kot..hahaha..time tu aku nak panggil dia apa? Tuan ke? Encik ke?ahhh lupakan jela..

to be continued…